Friday, January 13, 2012

Linde Malaysia Sasar Pertumbuhan Dua Digit Dengan Pelaburan RM650 Juta

Linde Malaysia Sdn Bhd, yang mensasarkan pelaburan berjumlah RM650 juta bagi rancangan strategik lima tahunnya (2011-2015) dalam usaha mengembangkan perniagaan sedia ada dan pelaburan baharu, berazam untuk mencapai pertumbuhan dua digit.

MOX-Linde Gases Sdn Bhd dengan rasminya dijenamakan semula sebagai Linde Malaysia Sdn Bhd, sebagai sebahagian daripada program global untuk menempatkan syarikat dalam kalangan payung Linde Group di bawah satu nama jenama.

Linde Malaysia, peneraju pasaran gas perindustrian di Malaysia sejak 50 tahun lepas, mengendalikan lebih 60 loji dan 20 pusat jualan di keseluruhan 33 lokasi.

Ahli kepada Lembaga Eksekutif Linde AG, Sanjiv Lamba berkata sejak lima tahun lepas, sejumlah RM625 juta telah dilaburkan di Malaysia bagi mengukuhkan lagi teraju rangkaian dan pasarannya.

Dalam tahun 2010, jualan Asia Selatan dan Asia Tenggara menguasai 750-800 juta euro.

Selain daripada pelaburan, beliau berkata syarikat akan meninjau beberapa kawasan baharu, terutamanya Sabah/Sarawak serta peluang melangkaui portfolionya.

Pada bulan Mac tahun lepas, Linde Malaysia membuka loji pengasingan udara bernilai RM200 juta di Pasir Gudang, Johor sementara pada bulan Ogos ia menguasai 49 peratus daripada Eastern Oxygen Industries Sdn Bhd.

Kemudiannya, syarikat telah melabur RM60 juta dalam loji karbon dioksid terbesar Malaysia di Kerteh, Terengganu.

No comments:

Post a Comment