Wednesday, January 18, 2012

Pejabat LHDN di Terengganu, Kelantan dan ditutup Ahad ini

Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berpusat di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu akan ditutup pada Ahad ini.

Menurut kenyataan LHDNM semalam, tindakan tersebut diambil sebagai langkah menyelaraskan operasinya sempena perayaan Tahun Baru Cina dan kaunter penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di negeri berkenaan turut ditutup.

Pejabat LHDNM di ketiga-tiga negeri itu dan semua negeri di seluruh Malaysia akan kembali beroperasi seperti biasa pada 25 Januari.

Bagaimanapun pelanggan masih boleh melakukan urusan percukaian mereka melalui perkhidmatan elektronik yang disediakan di laman sesawang www.hasil.gov.my.

No comments:

Post a Comment