Wednesday, January 11, 2012
Saya Sanggup 'Berperang' Mempertahankan Kebenaran Ahmad Said
Oleh Hambali Abdul Latiff
(Bahagian Kedua - Sambungan Daripada Laporan SPRM Terhadap MB - 'Telur Saya Tidak Kecut', semalam)
Sebagai blogger jalanan yang bukan elit, atau ambil istilah Papagomo, street blogger saya akui memang saya sedia berperang untuk menegakkan kebenaran kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said yang menjalankan pelbagai bidang transformasi di Terengganu.
Bukan dalam isu pakaian sekolah untuk anak Terengganu sahaja tetapi sejak ‘tiga tahun’ lalu saya sudah ‘berperang’ dalam banyak isu yang melanda Menteri Besar Terengganu itu.
Kerana itu saya turut dicerca dan dituduh dengan pelbagai tohmahan melalui blog dan tulisan pihak tertentu yang saya kira bukan daripada pembangkang tetapi 'kalangan yang menyokong tokoh tertentu' di Terengganu ini.
Apa pun sebelum mengulas lanjut isu laporan SPRM oleh Syed Azman ini, saya ingin merujuk kepada temubual Papagomo bertajuk “Papagomo: Blogger Pembangkang ‘Kaki Pau’” oleh Aidil Syukri, saya dapat merasakan keihklasan Papagomo dalam perjuangan untuk mempertahankan UMNO, Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
Malah, saya berjuang melalui blog ini un kerana kepentingan yang sama. Tahniah Papagomo dan walaupun blog saya tidak sehebat blog beliau namun tetap menjadi pemangkin kepada perjuangan mempertahankan hak orang Melayu, agama Islam dan Raja-Raja Melayu selain menentang fitnah pembangkang. Ini sudah cukup memuaskan hati saya.
Dalam memperkatakan perjuangannya, Papagomo tidak serik disisihkan oleh blogger yang kononnya ‘elite’. Namun menurutnya, sekarang ini selepas era 2008, yang kuasai perang cyber adalah street blogger yang mana pembaca terdiri dari semua peringkat sebab kita menulis tanpa protokol, ikut kebebasan bersuara.
Menurutnya, “sekarang adalah zaman street blogger di mana artikel kita tak semestinya memerlukan penulisan yang baik, tapi ayat mudah difahami supaya lebih dekat dengan pembaca”.
Selain memuji kecekalannya, di sini, saya ingin merakamkan terima kasih kepada Papagomo kerana dua perkara.
Pertama kerana komennya terhadap posting saya baru-baru ini bertajuk ‘PAPAGOMO MEMANG HEBAT, PENTING UNTUK UMNO, BN’ dan beliau berterima kasih atas penyiaran artikel berkenaan.
Saya tidak mengenali dan tidak pernah bertemu Papagomo namun walaupun sedikit lambat menyahut salam perjuangannya, saya menyatakan hari ini saya sambut salam beliau dengan penuh kegembiraan.
Papagomo pada komen yang diposkan pada artikel berkenaan menyebut beliau “hadir dan belayar mewakili seluruh angkatan media baru yang ada. Kalau boleh semua naik dah tentu ramai lagi yang akan pergi namun itu adalah keputusan pihak TLDM.”
Saya akur dan faham. Kerja sebagai wartawan sepenuh masa hampir 25 tahun, saya sudah tahu tata cara jabatan dan kementerian menjemput wartawan.
Apapun yang penting, saya bersetuju sangat dengan Papagomo bahawa “kebenarannya pembangkang sudah malu alah dengan kehebatan kapal selam yang kita miliki”.
Perkara kedua ialah, posting beliau mengenai pembohongan bersiri pembangkang iaitu ADUN PAS pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Papagomo memuatkan dua video mengenai siri pembohongan ADUN PAS berkenaan yang jika diteliti memang dijawab 'kaw-kaw' oleh Ahmad Said.
Banyak pihak, mensensasikan Ahmad Said mahu saman ADUN Batu Burok, akhbar Harakah dan pengarang dan penerbit/pencetaknya.
Namun tidak banyak yang mengetahui kenapa Ahmad Said, kerajaan negeri khususnya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan mungkin syarikat yang mendapat kerja membekalkan pakaian dan peralatan sekolah itu mahu menyaman ADUN berkenaan.
Jadi kebetulan sangatlah apabila Syed Azman membuat laporan kepada SPRM, isu ini ditimbulkan kembali dan dianalisiskan secara yang lebih mendalam untuk pengetahuan dan maklumat penjengok.
Hakikatnya, laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak menyebut bahawa Program Bantuan Pakaian Dan Alatan Sekolah yang diperkenalkan kerajaan negeri sebagai wujudnya ‘salah urus dan penyelewengan’.
Bersambung…
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
ReplyDelete(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.