Wednesday, January 11, 2012

SPRM Jumpa Pegawai MB Prosedur Biasa Dalam Siasatan

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengesahkan kehadiran beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di pejabatnya semalam.

Bagaimanapun beliau berkata, itu adalah prosedur biasa dan sudah menjadi tanggungjawab pegawai SPRM sekiranya ada laopran dibuat kepada pihak mereka.

“Bila dah ada orang buat laporan kepada SPRM, maka mereka perlu membuat siasatan.

“Mereka (SPRM) jumpa pegawai saya dan ini adalah perkara biasa, kita tidak ada masalah malah kita akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui selepas Program Diskusi Bajet 2012 anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.

Sebelum ini, ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ada membuat laporan rasmi kepada SPRM berhubung dakwaan penyelewengan bantuan pakaian dan alatan sekolah di negeri ini.

Teganukita

No comments:

Post a Comment