Muhamad Ghaddar (kanan) meraikan gol jaringan menerusi sepakan penalti pada aksi pembukaan Liga Super di Stadium Jalan Besar, Singapura, semalam.
pembukaan saingan Liga Super malam semalam.T-Team, Kelantan dan empat pasukan lain semalam membuka langkah kanan pada
Bagaimanapun, Terengganu tergencat kemaraannya apabila tewas tipis kepada Perak 1-0 di Stadium Perak, Ipoh .
Terengganu yang dilanda kontroversi mengenai pemain import tunduk dengan jaringan pemain import Perak dari Serbia, Michal Kubala pada minit ke-75.
Kelantan sebagai juara Liga Perdana mencatatkan kemenangan tipis 2-1 menewaskan pendatang baru pasukan Lions XII (skuad bawah 23 tahun Singapura) pada perlawanan pembukaan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura malam semalam.
T-Team mencatat kemenangan selesa setelah berjaya menewaskan Kedah 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Pemain tengah T-Team, Mohd Hafiz Mohd Noor menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol pada minit ke-12 dan minit ke-29, sebelum pemain tengah, Zairo Anuar Zalani melengkapkan kemenangan itu empat minit kemudian.
Pada perlawana Lions XII - Kelantan, pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain pertahanan, Baihakki Khaizan pada minit ke-33.
Namun kegembiraan pasukan Lions XII tidak bertahan lama apabila penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-45 dan pemain import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar memastikan pasukannya membawa pulang tiga mata menerusi jaringan penalti pada minit ke-80.
Selain T-Team dan Kelantan, pasukan Felda United, Sarawak, dan Johor FC turut mengutip tiga mata setelah berjaya menewaskan lawan masing-masing pada saingan awal liga.
Sarawak turut sama mencipta kemenangan apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Negeri, Kuching masing-masing menerusi jaringan K.Ravindran dan Hairol Mokhtar pada minit ke-71 dan minit ke-80.
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, pasukan Selangor PKNS tewas 1-2 kepada pasukan Johor FC.
Sementara itu, Selangor mencatat keputusan seri 2-2 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Dua gol Selangor dijaringkan oleh Jean Effa Owona pada minit ke-3 dan minit ke-34 (penalti) manakala dua gol pasukan tuan rumah disumbangkan Amirulhadi Zainal pada minit ke-66 dan Safiq Rahim menerusi sepakan penalti pada minit ke-73.
Terdahulu pada saingan sebelah siang, Felda United mencatatkan kemenangan ke atas Sabah 2-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Gol pertama pasukan bimbingan E.Elavarasan dijaringkan oleh Mohd Raimi Md Nor pada minit ke-26 sebelum pemain baru pasukan itu, Yong Kuong Yong menjaringkan gol kedua tiga minit.
No comments:
Post a Comment