Pejabat Tanah & Daerah Kuala Terengganu menyarankan pemilik tanah membuat pembayaran cukai tanah dengan segera bagi mengelak dikenakan denda dan tanah mereka diambil balik oleh kerajaan negeri.
Pentadbir Tanah, Nawawi Wan Ismail, berkata pihaknya mengesan lebih 50 peratus daripada sejumlah 121,000 lot tanah di daerah Kuala Terengganu mempunyai tunggakan cukai tanah.
“Mereka gagal berbuat demikian kerana gemar bersikap tidak ambil penduli, memadang remeh mengenai peraturan ditetapkan, selain gagal mengesan waris selepas kematian pemilik asal.
“Tahun lalu, PDKT terpaksa mengeluarkan 20 Notis 8A kepada 20 pemilik bagi membolehkan tanah berkaitan dirampas mengikut akta yang ditetapkan,” katanya.
Katanya, selepas mengadakan rundingan dan pemilik tanah itu bersetuju membayarnya, PDKT menarik balik tindakan itu serta menyerahkan kembali tanah tersebut.
“PDKT kesal dengan sikap pemilik tanah kerana tidak prihatin tentang tanggungjawab masing-masing walaupun terpaksa menanggung bebanan tunggakan berjumlah lebih RM100,000,” katanya selepas memberi menyempurnakan taklimat kepada Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin di pejabatnya, pagi semalam.
Nawawi turut memberitahu cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun pada setiap tahun akan menjadi tunggakan dan boleh dikenakan denda lewat bayar.
“Pemilik tanah akan diberi surat peringatan untuk tempoh tertentu sekiranya mempunyai rekod lewat bayar dan tunggakan.
“Jika masih ingkar membayar, Pentadbir Tanah boleh menyampaikan Notis 6A dengan memberi tempoh selama tiga bulan untuk menjelaskan segala urusan.
“Sekiranya tetap gagal berbuat demikian, tanah berkenaan boleh dirampas dan menjadi hak milik mutlak kerajaan negeri,” katanya.
Katanya, membayar cukai tanah adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik di mana ia perlu membayarnya mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.
“Penentuan kadar cukai yang perlu dibayar dikira berdasarkan keluasan dan kategori penggunaan tanah atau berpandukan Peraturan Tanah Terengganu.
Teganukita
No comments:
Post a Comment