Setiap bayi yang dilahirkan di sini akan diha-diahkan buku akaun Tabung Haji sebagai tanda penghargaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ladang Sahak menyambut orang baru.
Pengerusi JKKK Ladang Sahak, Adnan Salleh berkata, inisiatif itu sudah dilaksanakan dua tahun lalu bertujuan meningkatkan kesedaran ibu apa untuk menabung selain tanda terima kasih JKKK kepada penduduk atas kerjasama dan sokongan yang diberikan selama ini.
“Kemajuan sesebuah kampung bukan terletak pada bahu JKKK semata-mata kerana ia hasil kerjasama penduduk.
“Justeru, kami berpendapat langkah membuka akaun setiap bayi yang dilahirkan di kampung ini mampu menambah kegembiraan ibu bapa yang menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka,” katanya, semalam.
Sebagai umat Islam, kata Adnan, tentunya sudah menjadi misi untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam Kelima.
“Walaupun jumlah yang diperuntukan tidaklah sebesar mana namun diharap dengan permulaan RM2 yang diperuntukkan JKKK dapat memberi dorongan untuk terus menabung pada kemu-dian hari.
“Tabungan ini juga boleh digunakan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kelak,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini, pihak JKKK sudah membuka akaun Tabung Haji kepada lebih 10 bayi.
Selain itu kata Adnan, langkah buka akaun untuk bayi ini juga kesinambungan Program Lawatan Kasih dilaksanakan JKKK iaitu menziarahi ibu bersalin dan penduduk yang mengalami masalah kesihatan.
Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya berhasrat mengadakan pertandingan bayi sihat bagi peringkat kampung sebagai salah satu cara mengeratkan hubungan komuniti setempat.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment