Sunday, February 19, 2012

Jabatan Perikanan Tahan Dua bot Vietnam

Sebahagian daripada nelayan Vietnam yang ditahan kerana menangkap ikan di perairan Dungun kelmarin.

Taktik nelayan dua bot pukat tunda Vietnam yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan memasang bendera Malaysia ketika menangkap ikan di perairan pantai Dungun kelmarin tidak menjadi sebaliknya mereka ditangkap.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya mengesan dua bot itu menggunakan pukat tunda sedangkan kaedah itu diharamkan di negara ini.

Jelasnya, pihaknya mendapati bot berkenaan menggunakan nombor pendaftaran nelayan tempatan selain mengibarkan bendera Malaysia.

“Bagaimanapun apabila diperiksa kedua-duanya adalah bot nelayan asing yang tidak berdaftar.

“Kesemua nelayan terbabit juga gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak mempunyai lesen menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya kepada pemberita di Kemaman, kelmarin.

No comments:

Post a Comment