Noraini ketika di menghadiri persekolahan kelmarin, bagaimanapun dia kini di masukkan ke hospital.
Pelajar yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bulan lalu dikejarkan ke Hospital Daerah Besut semalam setelah mengalami sakit kepala yang serius.
Noraini Ismail, 17, pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Alor Lintang dikatakan menangis kesakitan sambil memegang kepalanya.
Menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, Noraini kemudiannya dirujuk ke Unit Kecemasan hospital itu lewat petang semalam.
Beliau berkata, anaknya mengadu sakit kepala sebaik sahaja dia bangun dari tidur selepas waktu Asar sambil menangis.
Menurut bapanya lagi, Noraini sebelum ini pernah diserang sakit kepala tetapi tidaklah serius seperti semalam.
"Noraini nampak seolah-olah telah pulih sejak seminggu lepas dan dia tidak lagi banyak bertutur dalam bahasa ganjil seperti Korea dan Mandarin, tetapi dia kembali mengulangi bercakap bahasa-bahasa itu selepas kejadian semalam," kata Ismail.
Kelmarin,Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Besut berkata pihaknya menyediakan seorang pegawai dan guru untuk memantau perkembangan pembelajaran Noraini Ismail, 17, yang dikatakan boleh bertutur pelbagai bahasa kesan kemalangan yang menimpanya pada 10 Januari lalu.
Pemangku PPD Besut, Ab Halim Hassan berkata, pelajar itu yang tidak bersekolah sejak kemalangan itu dibenarkan memulakan persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah di sini, sejak semalam.
Menurutnya, pihaknya meminta seorang pegawai di PPD bersama seorang guru kanan sekolah berkenaan memantau perkembangan Noraini di sekolah.
No comments:
Post a Comment