Tuesday, February 21, 2012

Kajian Kegagalan Projek Limau Madu Akan Diserah Kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Kajian berhubung kegagalan projek tanaman limau madu di Kampung Durian Mentangau akibat diserang penyakit 'citrus greening' telah siap dan akan diserah kepada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris berkata ia bagi membolehkan kerajaan negeri menimbang sama ada ia patut diteruskan atau tidak.

"Keputusannya akan dibuat kerajaan negeri selepas mendapat laporan hasil kajian berkenaan," katanya semalam.

Beliau berkata projek itu membabitkan kawasan seluas 1,650 hektar secara keseluruhannya dan sejumlah 450 hektar telah diusahakan.

No comments:

Post a Comment