T-Team akan menguji seorang pemain bola sepak dari Brazil yang pernah bermain bersama sebuah kelab di Azerbaijan bagi memperkuatkan barisan harungi Liga Super musim ini.
Jurulatihnya Yunus Alif berkata rakannya, Fandi Ahmad yang merupakan pengurus pasukan bola sepak Johor dan bekas pemain bola sepak terkemuka Singapura telah mencadangkan pemain tersebut kepada beliau.
"Rakan saya telah merekomenkan pemain ini. Kita akan uji pemain tersebut apabila dia datang ke sini dalam sehari dua ini," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Yunus berkata bagi memperkuatkan barisan hadapan, T-Team sedang mencari pemain import yang mampu diharap bagi menggantikan tempat pemain import dari Zambia, Zacharia Simukonda yang telah disingkirkan.
No comments:
Post a Comment