Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) yang baru ditubuhkan dua tahun lepas, kini melebarkan sayap dalam bidang perhotelan selepas kejayaan perniagaan tekstil dan produk herba.
Pengerusinya Wan Zakaria Wan Osman berkata untuk peringkat permulaan, KMBTB akan menyewa sebuah bangunan empat tingkat di tengah bandar raya ini, di mana tingkat tiga dan empat akan dijadikan hotel bajet dengan 30 bilik penginapan.
"Manakala bahagian bawah dan tingkat duanya pula kita akan menempatkan salun kecantikan dan spa kesihatan muslimah, perkhidmatan barangan perkahwinan dan kedai halalmart," katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu semalam.
Beliau berkata hotel melibatkan pelaburan RM1.2 juta itu dijangka beroperasi awal Julai ini.
Koperasi yang ditubuhkan pada Februari 2010 itu menjalankan operasi yang diklasifikasikan sebagai perniagaan berprestasi tinggi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
No comments:
Post a Comment