Tuesday, February 28, 2012

Premis Penginapan Di Terengganu Dilarang Guna Perkataan 'Homestay'

Gambar Hiasan - Apakah premis seperti ini tidak dibolehkan menggunakan perkataan 'homestay'?

Pemilik premis penginapan di Terengganu dilarang menggunakan perkataan 'homestay' kerana ia mengelirukan terutamanya kepada pelancong asing.

Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia cawangan Terengganu dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menghantar surat amaran kepada pemilik-pemilik premis terbabit yang menggunakan perkataan itu.

Penolong Pengarah pejabat berkenaan, Mazshida Ruslal, berkata pihaknya telah menerima banyak aduan daripada pelancong asing yang kecewa dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

"Konsep percutian homestay yang sebenarnya adalah pelancong tinggal bersama-sama pemilik rumah dan mengikut mereka melakukan aktiviti rutin harian penduduk kampung.

"Ia jauh berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh pemilik premis yang hanya menyediakan kemudahan penginapan semata-mata kepada pelancong, sama seperti resort dan hotel yang lain," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment