Kegagalan mengatasi masalah lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) di sini mungkin akan menyebabkan perlawanan antara pasukan Terengganu dan T-Team diadakan pada waktu petang.
Koordinator perlawanan FAM pada perlawanan T-Team menentang Perak malam tadi, Abd Ghani Ishak, berkata jika masalah itu berterusan, berkemungkinan perlawanan membabitkan pasukan Terengganu Selasa ini diadakan pada sebelah petang.
"Hasil pemeriksaan di SSINS malam tadi mendapati cahaya lampu limpah di stadium itu tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan FAM iaitu 800 lux untuk perlawanan Liga Malaysia diadakan pada sebelah malam.
"Bacaannya hanya mencapai 500 lux dan ia tidak melepasi piawaian. Saya akan menghantar laporan serta-merta kepada FAM dan keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment