Penyerang berbisa Terengganu Abdul Manaf Mamat masih mencari sentuhan untuk menjaringkan gol buat Sang Penyu.
Abdul Manaf berkata beliau amat berharap dapat menyumbangkan gol untuk pasukannya ketika menentang PKNS malam ini.
"Untuk saingan Liga Super musim ini satu gol belum berjaya dijaringkan, saya berharap tuah berpihak kepada saya malam esok (malam ini) untuk memecah kebuntuan menjaringkan gol.
"Selain dapat menambah rekod jaringan peribadi ia sekaligus dapat membantu Penyu berada dalam keadaan yang selesa untuk musim ini," katanya semalam.
Abdul Manaf secara peribadi mengakui kehadiran pemain import Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva Santos Carnieto banyak membantu pasukan Terengganu.
Bergandingan bersama pemain import di bahagian serangan memberi pengalaman baru kepadanya dan setakat beliau serasi dengan percaturan ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris.
Terengganu ketika ini menghuni tangga kedua liga setelah mengumpul 12 mata, satu mata ketinggalan di belakang pasukan Kelantan.
No comments:
Post a Comment