Friday, February 10, 2012

Muhammad Edrus Raih Pingat Emas Pertama Malaysia

Edrus Yunus (tengah) bersama pemenang pingat perak dari Iran, Mahmoud Parash (kiri) dan pemenang gangsa Wu Lok Chun dari Hong Kong di atas podium pada ACC 2012 di Kuala Lumpur, semalam.

Selepas hambar tanpa sebarang kilauan pingat pada hari pembukaan Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia ke-19 semalam, Muhammad Edrus Md Yunos memberi keceriaan kepada skuad negara semalam.

Pada acara yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, Muhammad Edrus mencatat masa terpantas acara 1km ujian masa lelaki elit dengan catatan 1 minit 6.647 saat.

Beliau berjaya mengatasi saingan terdekat, Mahmoud Parash dari Iran dengan hanya perbezaan 0.439s.

"Saya tidak menyangka yang saya boleh meraih pingat emas. Sudah lama saya tidak bertanding dalam acara 1km ini. Kejayaan pingat emas ini boleh dikatakan sebagai bonus kepada saya.

"Sebelum bertanding pun saya tidak letak sebarang sasaran dan hanya mahu melakukan yang terbaik. Jurulatih saya, John Beasley sasar pingat sebarang warna," katanya.

No comments:

Post a Comment