Wednesday, February 29, 2012

Muhyiddin Lawat Terengganu Esok

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu, pada 1 Mac, esok.

Beliau yang diring isteri, Puan Seri Noorainiee Haji Abdul Rahman, dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kira-kira jam 11.30 pagi dan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta pegawai kanan kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Selepas itu, Timbalan Perdana Menteri akan hadir pada majlis Perjumpaan Khas YAB Timbalan Perdana Menteri dengan penjawat awam negeri dan Persekutuan di Stadium Negeri.

Pada sebelah petang beliau dijadualkan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Teknik, Jalan Lapangan Terbang.

Pada majlis itu, Tan Sri Muhyiddin akan menyampaikan bantuan kepada nelayan serta elaun untuk imam, bilal dan guru-guru Kelas Fardu Ain (Kafa).

Sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, beliau akan menghadiri perjumpaan tertutup dengan pemimpin Umno Terengganu di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment