Monday, February 13, 2012

Tabung Bencana Banjir Ringankan Beban 38 Keluarga

Kesulitan yang dihadapi 368 keluarga mangsa banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi sedikit terubat apabila menerima sumbangan wang daripada kerajaan bernilai RM500 bagi setiap keluarga di Dewan Sivik Jabi, kelmarin.

Semua mangsa dari Kampung Apal, Bukit Tempurung, Kampung Oh, Cabang Tiga Oh, Renek, Tok Dor, Anak Musang dan kampung lain menerima sumbangan Tabung Bencana Negara disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali.

Menurutnya, sumbangan itu bukan bayaran ganti rugi kepada mangsa, sebaliknya ihsan dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban dan perasaan dukacita mangsa terhadap musibah yang berlaku.

"Kita juga patut bersyukur kerana banjir kilat yang berlaku di kawasan Jabi awal tahun lalu tidak menyebabkan kemalangan jiwa dan kita a berterima kasih kepada kerajaan yang peka kepada rakyat,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Keselamatan negeri, Tajul Ariffin Muhamad dan Pegawai Kebajikan Daerah, Dalila Nasir.

Ramlan berkata, kejadian banjir yang berlaku bulan lalu agak besar berbanding sebelum ini kerana ia berlaku dengan pantas sehingga Masjid Tok Dor dimasuki air sedangkan musibah seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, walau apapun kerajaan sentiasa memikirkan perkara yang terbaik untuk keselesaan dan kemudahan rakyat sekiranya dihimpit kesusahan tanpa mengira latar belakang mahupun ideologi politik mereka.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment