Sunday, February 12, 2012

Pemuda Umno DUN Anjur Konvoi Ziarah Bilal, Imam

Berkonvoi menunggang motosikal menziarahi imam dan bilal.

Mungkin ia jarang dilakukan terutamanya bagi golongan muda, namun sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini Pergerakan Pemuda Umno Dun Bandar merebut peluang itu untuk melaksanakannya.

Program dinamakan Konvoi Ziarah Imam dan Bilal yang julung kalinya diadakan itu disertai 30 penunggang motosikal dan diketuai Ketua Pemuda Umno Kuala Terengganu, Badrol Hisham Zaki.

Program tersebut bertujuan memberi peluang kepada peserta berjumpa imam dan bilal dari Masjid Losong, Masjid Hiliran dan Masjid Tokku Tuan Besar.

Pengarah program, Armi Irzan Mohd berkata, selain mengeratkan silaturahim dan mengenali imam serta bilal program tersebut juga salah satu usaha dimainkan pihaknya bagi me¬ngubah persepsi segelintir individu yang sering kaitkan golongan muda hanya sekadar terlibat dengan gejala negatif sahaja.
“Golongan muda juga dilihat agak liat ke masjid, walaupun konvoi bermotosikal ziarah imam dan bilal ini melibatkan kunju¬ngan ke rumah individu berkenaan, namun ia diharap dapat menarik peserta mendekatkan diri dengan masjid.

“Sempena program yang kali pertama diadakan ini, kita berpeluang berjumpa dengan kira-kira 20 imam dan bilal dari tiga buah masjid terpilih. Pertemuan ini ruang terbaik bagi golongan muda mengenali imam dan bilal yang banyak menabur bakti kepada masyarakat setempat,” katanya.

Kata Badrol Hisham, selain beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada mereka, solat Asar berjemaah turut diadakan di Masjid Tokku Tuan Besar sebagai mengakhiri program.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment