Sepasukan anggota polis bergelut beberapa minit dengan seorang pengedar dadah yang cuba meloloskan diri dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Chabang, Kerteh, di Kemaman.
Berikutan penahanan lelaki berusia 22 tahun itu, polis merampas 198 pil kuda selain sebiji pil Eramin 5 bernilai RM5,950 disembunyikan dalam poket jaket lelaki berkenaan.
Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah berkata, kejadian berlaku Khamis lalu ketika lelaki yang menjadi buruan polis itu keluar dari rumahnya dipercayai untuk mengedar dadah di sekitar kawasan berkenaan pada jam 3.30 petang.
Katanya, serbuan dilakukan anggota Bahagian Narkotik IPD Kemaman atas maklumat awam berhubung kegiatan pengedaran dadah dijalankan lelaki terbabit.
Menurutnya, sebaik tiba di situ, pihaknya mendapati pintu rumah tertutup dan merancang membuat kepungan bagi mengelaknya meloloskan diri.
Bagaimanapun, katanya, tiba-tiba lelaki terbabit yang tidak menyedari kehadiran polis di rumahnya membuka pintu untuk keluar.
Terkejut apabila mendapati pihak berkuasa berada di hadapan rumahnya lelaki itu cuba lari sebelum dihalang polis.
No comments:
Post a Comment