Wednesday, February 8, 2012

RM150j Untuk Dalamkan Muara Sg. Merang

Pengusaha bot pelancong dan nelayan di Kampung Merang akhirnya dapat menarik nafas lega apabila mendapat maklum balas positif daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung masalah muara cetek yang menjejaskan pendapatan mereka.

Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri, Mat Hussin Ghani berkata, pihaknya telah memohon peruntukan sebanyak RM150 juta daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu itu.

Beliau mengakui isu pemendapan muara dan hakisan pantai itu kritikal dan pihaknya telah mengadakan lawatan berkala ke kawasan berkenaan.

“Kita memohon peruntukan bagi kerja-kerja pendalaman muara sungai Merang ini sejak tahun lepas dan masih menunggu peruntukan itu daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya di Setiu.

Lebih 100 nelayan dan pengusaha bot pelancong di sini dilaporkan hidup dalam kebimbangan kerana terpaksa mempertaruhkan nyawa setiap kali turun ke laut memandangkan dasar kuala yang semakin cetek setiap kali musim tengkujuh.

No comments:

Post a Comment