"Meskipun kadar jenayah di Terengganu tidak begitu membimbangkan, pemantauan bagi mengurangkan kadar jenayah dilakukan berterusan. Kita (polis) akan tingkatkan lagi usaha dan saya harap tahun ini kita akan dapat pencapaian yang lebih bagus lagi berbanding tahun lepas...” - Datuk Jamshah Mustapa
Polis Terengganu semalam melancarkan Pasukan Peronda Empat Anggota secara serentak di seluruh negeri ini dalam usahanya memantau dan mengurangkan masalah jenayah di negeri ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, meskipun kadar jenayah di Terengganu tidak begitu membimbangkan, pemantauan bagi mengurangkan kadar jenayah dilakukan berterusan.
"Kita (polis) akan tingkatkan lagi usaha dan saya harap tahun ini kita akan dapat pencapaian yang lebih bagus lagi berbanding tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pasukan Peronda Empat Anggota (Four Men Patrol) di Kuala Terengganu semalam.
Jamshah berkata, pasukan peronda yang melibatkan empat agensi iaitu Polis, Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan melakukan rondaan di tempat-tempat awam.
Katanya, penubuhan pasukan rondaan ini bertujuan meningkatkan kehadiran polis di kawasan orang ramai dan pada masa sama membanteras perlakuan jenayah.
"Pasukan peronda ini akan diperbanyakkan lagi pada masa akan datang dan pelancaran hari ini (semalam) adalah merupakan permulaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment