Tuesday, February 28, 2012

UMT Jalan Kajian Bersama Universiti AS

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mengadakan kerjasama dengan Universiti East Carolina, Amerika Syarikat bagi menjalankan kajian bersama geografi di Laut Bintulu bermula Julai ini.

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Aziz Deraman berkata, kajian itu akan dijalankan dengan menggunakan kapal penyelidik R.V. Discovery milik UMT yang melibatkan peruntukan awal kira-kira RM200,000.

"Kajian ini melibatkan beberapa ahli sains dari Universiti East Carolina dan UMT adalah untuk mengkaji cuaca lampau sehingga 20,000 tahun kebelakang dengan mengambil teras-teras mendapan di Laut Bintulu,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Anugerah Kepimpinan Pelajar UMT di Kuala Terenganu, semalam.

Aziz berkata, kajian tersebut juga untuk mengetahui perubahan monsun masa lampau dan masa depan berkaitan dengan cuaca di kawasan Laut China Selatan.

Selain itu katanya, UMT akan melakar sejarah menjadi universiti tempatan yang pertama mempunyai peralatan alat penerima data satelit bagi mengesan maklumat di dasar Laut China Selatan khususnya untuk Osionografi.

No comments:

Post a Comment