Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri dalam Program Turun Padang beliau ke daerah Marang, telah men
Seorang penerima bantuan enjin bot Zakirai Kadir, 58, ketika ditemui berkata, hasrat beliau untuk mendapatkan sebuah bot enjin sangkut termakbul hari ini.
Zakirai, yang bekerja sebagai nelayan sejak 40 tahun lalu, sebelum ini hanya menggunakan perahu kecil untuk menangkap ikan di pesisir pantai daerah itu kerana tidak mampu membeli enjin bot yang bernilai RM8,000.
"Saya syukur atas kedatangan Datuk Seri Najib yang memberi bantuan enjin bot kepada saya dan empat rakan yang lain," katanya ketika ditemui di majlis penyampaian baucar BR1M di Rhu Rendang, semalam.
Zakirai yang mempunyai sembilan orang anak dan tinggal di Kampung Baru Marang berkata, dengan adanya bot sendiri, beliau akan dapat bekerja dengan lebih gigih lagi.
"Saya juga bersyukur kerana selain bantuan enjin bot, saya juga menerima BR1M sebanyak RM500 dan saya akan berbelanja duit itu dengan berhemah," katanya.
Rakannya Mohamad Ismail, 48, berkata, hasratnya yang telah lama terpendam untuk memiliki bot sendiri kini tercapai.
"Sebelum ini saya hanya menumpang bot rakan untuk bekerja sebagai nelayan. Dengan adanya bot sendiri, senanglah saya mencari rezeki," katanya yang mempunyai enam orang anak.
Warga emas Zaiton Ngah, 67, dari Kampung Surau Panjang, Bukit Payong, melahirkan rasa syukur di atas pemberian bantuan kerajaan sebanyak RM500 itu.
"Saya berharap bantuan sebegini diteruskan setiap tahun bagi membantu rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah," katanya.
Menurutnya, bantuan itu diberikan kepada seluruh rakyat negara ini yang layak tanpa `memilih bulu’ dan parti.
“Kita tidak memilih bulu..orang yang tidak sokong kita pun dapat juga. Walaupun mukanya barangkali tebal agaknya. Yang duk kutuk, du
“Hak puak-puak kita dalam panas, dalam hujan berjuang untuk menegakkan kerajaan. Tetapi saya kita tidak mengapa, jika kita tidak mendapat undi, di akhirat nanti insya-Allah kita akan menerima ganjaran daripada Allah s.wt,” katanya.
Beliau menyatakannya ketika berucap dalam Program Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, Marang, semalam.
Dalam tempoh tiga tahun peralihan kuasa di tangan beliau, pelbagai bantuan sudah dilaksanakan kerajaan BN dan jika diberi masa lima tahun lagi pastinya lebih banyak yang boleh dilakukan demi kepentingan rakyat.
No comments:
Post a Comment