Sunday, February 26, 2012

Tolak Parti Yang Banyak Masalah: Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (bersongkok) bersalaman dengan rakyat yang menantinya sebaik di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini. Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashhah Md Hanipah.

Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat perlu bijak memilih parti yang mementingkan rakyat dan bukannya parti yang banyak masalah.

Perdana Menteri meminta rakyat tidak memberi sokongan kepada parti yang banyak masalah seperti mempunyai ideologi bertentangan.

"Ada kata itu, ada kata ini. Ada yang sokong Israel dan ada yang banyak masalah peribadi. Kita tak boleh pakai parti banyak masalah ini," katanya.

Beliau menyatakannya pada Karnival Kasih Perdana Menteri Bersama Masyarakat Siam Kedah dan Perlis di Wat Nanai, Kampung Tok Set dekat Pendang semalam.

Hadir sama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perlis
Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil
Khir Baharom, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee
Heung, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md
Hanipah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta
Anggota Dewan Negara yang mewakili masyarakat Siam Senator Boon Som Inong.

Najib berkata rakyat perlu menyokong Barisan Nasional (BN) kerana BN adalah
kerajaan yang membela rakyat.

"Kita tak main politik. Kita tak janji bulan, bintang dan cakerawala. Kita
tak janji tetapi kita buat. Kita dah buat sejak tiga tahun ini... beri kita lima
tahun lagi dan kita akan ubah landskap sosio-ekonomi negara ini.

"Kita akan capai wawasan kita untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi
menjelang 2020. Tapi untuk laksanakannya kita perlukan sokongan rakyat," tegas
Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment