Friday, March 30, 2012

3,000 Pesakit Miskin Dibantu Melalui Dana Khas

Kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM8 juta di bawah Dana Khas Kebajikan Sosial Perubatan bagi membiayai rawatan lebih 3,000 pesakit yang tidak berkemampuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, dana yang dirintis pada 2007 itu menyediakan peruntukan RM2 juta setiap tahun.


''Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang menyediakan dana tersebut bagi meringankan beban anak negeri yang tidak berkemampuan untuk membiayai rawatan dan keperluan mereka,'' katanya selepas melancarkan Program Gempur Subsidi Mamogram Peringkat negeri di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu semalam.

Hadir sama Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara negeri, Nurfarhana Lee Mohd. Zulkiflee Lee.

No comments:

Post a Comment