Suhardi menjadi pelumba terbaik negara bagi kayuhan Bentong-Kuantan semalam.
Namun, ada janji yang menarik perlu ditunaikan pada baki tiga lagi peringkat iaitu perlu wajib muncul juara di salah satu peringkat tersebut.
Hari ini perlumbaan peringkat kelapan akan berlangsung dari Pekan, Pahang ke Chukai, Terengganu sejauh 100.8km melibatkan tiga zon pecutan (Kuantan - Km 44.8), (Balok - Km 58.9) dan Cherating - Km 81.7 serta satu zon pendakian kategori 4 (Kuantan - Km 47.7).
Anuar yang hanya menduduki tempat ke-20 (empat jam 26.55 saat), semalam berkata, kalau boleh dia mahu memberikan kebanggaan buat rakyat negeri kelahirannya sendiri sambil melupakan kekecewaan yang berlaku di Kuantan.
"Saya mempunyai semangat yang tinggi dan bersedia, namun saya perlu melakukan sesuatu yang luar biasa sambil mengharapkan bantuan daripada Mohamad Adiq Hussainie Othman dan Aaron Kemps, selepas Jann Kirsipuu terkeluar daripada saingan," katanya.
Sementara itu Suhardi Hassan yang menjadi pelumba terbaik negara Bentong-Kuantan semalam yakin mampu meneruskan kayuhannya hari ini.
Selepas sekadar melihat pelumba Malaysia lain menamatkan perlumbaan di kedudukan 10 terbaik peringkat yang lalu, giliran Suhardi Hassan pula berjaya melakukannya semalam.
Amat berpuas hati muncul pelumba kelapan tiba pada garisan penamat di Kuantan semalam, Suhardi yakin mampu meneruskan momentum kayuhan hari ini.
"Syukur Alhamdulillah selepas muncul pelumba terbaik Malaysia semalam. Saya memang menyasarkan melakukan pemecahan ketika pada 30km terakhir," katanya mengakui masih memiliki tenaga bagi beraksi hari ini pada saingan kelapan yang bermula di Pekan dan berakihr di Chukai,Terengganu.
Pada perlumbaan yang bermula di Bentong tersebut, Suhardi mencatat masa empat jam 25 minit dan28s itu iaitu ketinggalan 11 saat dibelakang juara dari pasukan Colnago CSF Inox, Marco Canola.
Manakala, Harrif Salleh dari Terengganu Cycling Team (TSG) menamatkan kayuhan pada tempat ke-18 dan Anuar (ke- 20).
No comments:
Post a Comment