Friday, March 2, 2012

Dua Kejayaan Bolehkan Terengganu Catat MBOR

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said gembira Kejayaan Terengganu yang mampu mengekalkan kedudukan sebagai juara 11 tahun berturut-turut dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pelaksanaan Program e-Book kepada pelajar sekaligus dapat mencatat nama negeri dalam Malaysia Book Of Record (MBOR).  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyampaikan pengiktirafan itu.

Kejayaan Terengganu yang mampu mengekalkan kedudukan sebagai juara 11 tahun berturut-turut dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pelaksanaan Program e-Book kepada pelajar sekaligus dapat mencatat nama negeri dalam Malaysia Book Of Record (MBOR).

Dua berita gembira itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada Majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri, Persekutuan dan Guru-guru di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Mazlan Ngah; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta pegawai kanan kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata pengiktirafan itu mampu menguatkan lagi semangat kerajaan negeri terutama warga pendidik untuk terus mengekalkan kecemerlangan.

“Semua yang diterima hari ini adalah hasil usaha semua pihak terutama pelajar, ibu bapa dan guru-guru.

“Pada masa akan datang, kerajaan negeri akan berusaha meningkatkan lagi pengunaan kelas maya di sekolah seluruh negeri ini supaya turut diiktirafkan dalam MBOR ,” katanya.

 

Teganukita

No comments:

Post a Comment