Thursday, March 8, 2012

Azam Anak Yatim Tercapai Sebagai Pelajar Terbaik

Abdul Rahim Abdullah (tengah) dijulang oleh rakan-rakannya selepas diumumkan sebagai pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) selepas mengambil slip keputusan peperiksaan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling di Marang, Terengganu, hari ini. 

Abdul Rahim diumumkan sebagai pelajar terbaik negeri ini selepas memperolehi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dengan mendapat empat prinsipal A dalam semua mata pelajaran.

Status sebagai anak yatim menjadi dorongan kuat untuk mengubah nasib keluarganya sehinggakan memperolehi keputusan cemerlang 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.

Bagi pelajar pintar Abdul Rahim Abdullah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, di Marang berkata, lantaran berazam mengotakan janjinya terhadap Allahyarham bapanya telah mendorong semangat untuk mencatat keputusan cemerlang.


Malah anak kelapan daripada sepuluh adik-beradik ini nyata terkejut dengan keputusan yang diperolehnya sehingga muncul sebagai pelajar cemerlang seluruh Terengganu.

"Kejayaan ini merupakan hadiah paling berharga buat arwah ayah yang sering beri kata-kata semangat dan pendorong kepada saya walaupun tidak dapat berkongsi kejayaan bersamanya pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sekolahnya hari ini.

Menurutnya, walaupun ayahnya telah meninggal dunia empat tahun yang lepas akibat penyakit jantung, pesanan Allahyarham supaya belajar bersungguh-sungguh sentiasa tersemat dimindanya dan kata-kata perangsang itulah yang mendorong kepada kejayaannya hari ini.

Beliau juga merupakan guru gantian Bahasa Arab di sekolah itu bertekad mahu mengubah nasib keluarga dan ibunya serta bercita-cita menjadi seorang pensyarah agama dengan memilih universiti tempatan untuk melanjutkan pelajaran kelak.

No comments:

Post a Comment