Wednesday, March 7, 2012

SMK Putera, Besut Terbaik STPM di Terengganu

Sekolah Menengah Kebangsaan Putera (SMKP) Besut sekali lagi mencatat sejarah apabila sekolah itu diumumkan sebagai sekolah terbaik dalam pencapaian peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun lalu.

Kejayaan itu meletakkan SMKP yang terletak di kawasan luar bandar mampu bersaing dengan sekolah ternama lain di negeri ini dalam peperiksaan berkenaan.


Pengetuanya, Ruhani Salleh berkata, sebelum ini sekolah itu pernah mencatat sejarah apabila salah seorang pelajarnya menjadi pelajar terbaik dalam peperiksaan STPM 2010.

Katanya, kesungguhana guru,pentadbiran dan sokongan kuat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta keyakinan ibu bapa terhadap sistem pelajaran di sekolah berkenaan menjadi penyebab mereka memperoleh kejayaan itu.

Menurutnya, dalam peperiksaan STPM tahun lalu 45 pelajar sekolah itu menduduki peperiksaan berkenaan dan kesemua mereka menunjukkan prestasi cemerlang.

“Kejayaan muncul sebagai sekolah terbaik mendorong kami untuk mempertahankan kedudukanya dalam peperiksaan yang sama pada tahun ini,” katanya selepas meraikan kejayaan bersama pelajar sekolah itu hari ini.

No comments:

Post a Comment