T-Team secara dasarnya bersetuju mengambil pemain import dari Brazil, Marco Tulio Lopez Silva untuk menguatkan pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Super musim ini.
Jurulatih T-Team Yunus Alif berkata pengambilan Marco, 29, itu bertujuan mengantikan pemain import Zacharia Simukonda yang disingkir berikutan prestasi tidak memuaskan.
"Majlis menandatangani kontrak secara rasmi antara pemain itu dan T-Team mungkin akan diadakan dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.
Marco bagaimanapun hanya boleh diturunkan T-Team selepas didaftar dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada April.
No comments:
Post a Comment