Wednesday, March 7, 2012

Ibu Kepada Tiga Anak DiTahan Mengedar Dadah

Seorang wanita sanggup mengambil risiko untuk menanggung kehidupan sehariannya dengan menyambung legasi pengedaran dadah suaminya yang kini telah meringkuk tiga tahun dalam penjara.

Bagaimanapun, jalan pintas yang diambil oleh ibu kepada tiga orang anak ini terbongkar setelah ditahan di rumah sewanya dalam satu operasi bersepadu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu di sekitar Marang, Rabu (29 Feb) lalu.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata bertindak atas maklumat dan risikan, polis menyerbu rumah wanita berumur 44 tahun itu pada pukul 3.30 pagi di Taman Sri Binjai, Bukit Payung Marang.

"Hasil siasatan lanjut yang dijalankan di dalam rumah suspek ketika itu, polis menemui enam botol serbuk putih yang dipercayai heroin dan 30 biji pil kuda disorokkan dalam beg tangan miliknya.

"Selain itu, pihak polis turut menyita wang tunai berjumlah RM 2,000 yang dipercayai hasil jualan dadah dan sebuah kereta Proton Wira yang digunakan untuk menjalankan kegiatan berkenaan," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment