Friday, March 30, 2012

Terengganu Senarai 12 Pemain Ke Kejohanan Piala Emas Khir Johari

Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSTNT) menyenarai 12 pemain ke kejohanan sepak takraw Piala Emas Khir Johari di Manjung, Perak dari 5 hingga 8 April ini.

Pengerusi PSTNT Mohd Shapian Ali berkata pemain terdiri daripada gabungan muka lama dan baru yang diharap mampu meraih kejuaraan buat pertama kali.


"Harapan Terengganu memang tinggi kerana kita sebelum ini tidak pernah memenangi sebarang kejohanan dalam merebut trofi ini, hanya pernah menjadi naib johan sebanyak tiga kali," katanya.

Beliau berkata untuk melakar kejayaan, Terengganu akan menurunkan tujuh pemain lama yang pernah mewakili Terengganu di mana seorang daripadanya merupakan pemain senior iaitu Rosmadi Abdul Ghani. Enam lagi pemain senior ialah Mohd Shazwan Hussin, Mohd Hami Khairi Roslan, Mohd Fazli Roslan, Zulhafizazudin Roslan, Mohd Azrol Nizam Zakaria dan Mohd Subbha Mohd Latip yang rata-rata pernah mewakili skuad Sukan Malaysia (Sukma) sebelum ini.

No comments:

Post a Comment