Monday, March 12, 2012

Kompleks Sukan Gong Badak Dipertingkat Kemudahan

Kerajaan negeri Terengganu merancang melengkapkan Komplek Sukan Gong Badak dengan kemudahan asas untuk menjadikannya kawasan aktiviti sukan dan riadah yang menarik.

Berikutan itu, kerajaan negeri bersedia menambah baik kemudahan di sekitar pinggiran Kompleks Sukan Gong Badak dekat sini apabila kawasan itu menjadi antara lokasi pilihan penganjuran Kejohanan Cabaran 4X4


Terengganu Starhill. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penambahbaikan perlu dilakukan memandangkan kerajaan negeri berkeyakinan penganjuran sukan lasak itu akan menjadi antara tarikan utama Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Katanya, ia ekoran sambutan memberangsangkan sejak sembilan tahun lalu apabila acara itu yang diadakan di beberapa daerah di negeri itu menarik penyertaan dari dalam dan luar negara.

Kawasan seluas kira-kira 100 hektar itu kini menjadi tarikan, terutama kepada penganjur sukan lasak untuk mengadakan kejohahan di situ. "Akan ada perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa supaya kawasan ini benar-benar menjadi kawasan rekreasi dan riadah siang dan malam,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan menyediakan tandas awam, kedai makan dan kemudahan lain di kawasan itu yang difikirkan perlu serta dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung.

Katanya, kerajaan juga akan memasang lampu limpah di stadium hoki bagi membolehkan kejohanan diadakan pada waktu malam. Bagaimanapun, Ahmad Said tidak menyebut kos yang diperlukan bagi pembinaan kemudahan asas itu.

Beliau berkata, Kompleks Sukan Gong Badak mempunyai stadium bola sepak, stadium hoki, stadium tertutup selain padang untuk latihan.

No comments:

Post a Comment