Monday, March 12, 2012

Piala FA - Terengganu Atur Strategi Jumpa Lion XII

Kelibat Manaf Mamat (paling kiri) dan Ashaari Shamsudin (dua dari kanan) diperlukan ketika menentang Lions XII 24 Mac nanti.

Terengganu kini mengatur strategi bagi mengelak tumpas di gelanggang sendiri apabila bertemu Lions XII dalam saingan Piala FA peringkat suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 24 Mac ini.

Jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris berkata, ini kerana corak permainan pasukan dari Singapura itu banyak berbeza dalam pertandingan Liga Super berbanding di awal musim lalu.


 "Jadi kita kena buat persediaan atau strategi yang betul supaya kita dapat mengatasi halangan pertama ini,” katanya kepada pemberita. Mat Zan berkata, pihaknya sedar kejayaan Terengganu mengalahkan pasukan tersebut 1-0 dalam pertandingan Liga Super di Singapura baru-baru ini, tidak semestinya dapat diulangi dalam Piala FA.

Sebaliknya beliau menyifatkan perlawanan itu sebagai perlawanan yang amat sukar bagi Terengganu kalau tidak mempunyai strategi dan latihan yang betul-betul sempurna.

Sungguhpun begitu, Mat Zan berkata, beliau yakin juara Piala FA tahun lepas itu mampu mengatasi Lions XII berdasarkan kejayaan Terengganu menewaskan Som Lam Nghe Ah 1-0 dalam kejohanan Piala AFC di Vietnam baru-baru ini.

Mengulas mengenai perlawanan Terengganu-Perak dalam perlawanan Piala FA yang berkesudahan Terengganu menang 1-0 di Kuala Terengganu malam kelmarin, beliau berkata ternyata pemain Terengganu keletihan.

No comments:

Post a Comment