Sunday, March 11, 2012

Lebih 4,500 Bekas Tentera Di Terengganu Belum Jadi Ahli PBTM

Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Negeri Terengganu kecewa masih ramai pesara tentera yang tidak mahu mendaftar sebagai ahli walaupun sudah beberapa kali diingatkan.

“Mustahil mereka tidak mengenai mengenai kewujudan persatuan kerana sebelum pencen atau menamatkan perkhidmatan, setiap anggota diberikan borang untuk menjadi ahli,” kata Yang Dipertua PBTM negeri Terengganu, Abdullah Che Muda.


Menurut Abdullah, jumlah ahli yang telah berdaftar dengan persatuan kini lebih 4,500 orang tetapi beliau percaya lebih separuh lagi belum berbuat demikian.

 “Saya tidak tahu mengapa mereka ini tidak mahu menjadi ahli sedangkan banyak perkara yang bermanfaat boleh diperoleh selain jaminan untuk menjaga kebajikan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam program Memperkasakan Bekas Tentera peringkat Negeri Terengganu di Wisma Peladang Negeri Terengganu anjuran PBTM, Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (Perhebat) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Turut hadir, Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abdul Ghani. Menurutnya, PBTM terdapat di segenap negeri, daerah dan mukim.

“Kita tidak mahu, apabila mereka sudah tidak boleh bergerak dan jatuh sakit serta mengalami kesusahan baru mahu mengaku sebagai bekas tentera, sedangkan sebelum itu mereka tidak mempedulikan persatuan,” katanya.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment