Sunday, March 11, 2012

MB Minta Nelayan Sokong Barisan Nasional

Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited dalam usaha membela nasib nelayan tempatan, khususnya di segi menyediakan bantuan jangka pendek dan jangka panjang, bagi mengubah nasib mereka di masa depan. 
   
Sehubungan itu, nelayan di negeri ini diminta supaya memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada BN kerana hanya parti itu saja yang mampu membantu dan mengubah nasib masa depan golongan tersebut.



Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata bagi bantuan jangka pendek termasuk dana khas Hari Raya, Bantuan Rakyat 1Malaysia, bantuan pakaian sekolah dan pelbagai bantuan lain, semua nelayan di negeri ini dipilih sebagai penerima.

“Kerajaan tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam menghulurkan bantuan kepada golongan nelayan, semua dapat tidak kira Pas atau Umn kita beri semua,” katanya ketika berucap pada majlis Perjumpaan Menteri Bersama Bersama Nelayan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, petang kelmarin.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Awang Tera dan Asha’ari Idris serta Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat, Haji Roshali Taha, hadir sama.

Menteri Besar berkata, bagi cadangan jangka panjang pula kerajaan negeri menyediakan pelbagai bantuan untuk persekolahan anak-anak nelayan sejak dari sekolah rendah, menengah hingga pusat pengajian tinggi.

“Kita mahu anak nelayan melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dan menyandang jawatan tinggi di sektor awam atau swasta bagi mengubah nasib keluarga mereka,” katanya.

 Beliau meminta nelayan supaya tidak terpengaruh dengan janji-janji pembangkang yang belum tentu mampu mentadbir negara jika diberi peluang berbuat demikian.

Teganukita

No comments:

Post a Comment