Setelah lima bulan di hospital, kembar siam NurShazwanie Zulkifli dan Nur Shazrinie dibenarkan pulang pada 27 Februari
lalu.
Bagaimanapun, bayi comel itu terpaksa menumpang di kediaman ibu
saudara mereka di Bukit Kuang di Kemaman memandangkan keadaan rumah
tersebut menepati kriteria yang ditetapkan hospital bagi menjamin tahap
kesihatan mereka.
Bapa kembar tersebut, Zulkifli Ngah, 42, berkata, mereka perlu akur
dengan kehendak dan syarat hospital kerana kembar itu masih bergantung
kepada mesin dan tangki oksigen untuk bantuan pernafasan.
Katanya, mereka masih belum begitu aktif dan pihak Hospital Kemaman kini memantau perkembangan semasa.
Zulkifli berkata, mereka sekeluarga tidak akan tinggal lama di rumah
kakaknya itu memandangkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM)
Terengganu memberi jaminan menyediakan sebuah rumah berdekatan rumah
ibunya di Kampung Bukit Kuang.
No comments:
Post a Comment