Friday, March 9, 2012

PAS Tidak Akan Setuju PKR Tanding 14 DUN - Ahmad Said

“Belum tentu dapat, apa yang dikatakan tu,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad Said ketika diminta mengulas mengenai hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di 14 kawasan di negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU-13) nanti.

“Itu yang dia umum, belum tentu lagi Pas setuju, saya dengar Pas hanya akan beri empat kawasan saja kepada PKR untuk letakkan calon mereka,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Iman kelmarin.
 
Minggu lalu, PKR Terengganu mengumumkan hasrat untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen dalam PRU13 nanti.

Pengerusinya, Encik Azan Ismail berkata, hasrat tersebut telah disepakati di peringkat negeri telah pun disuarakan ke peringkat pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang dijangka ‘memurnikan’ keputusan muktamad sebelum 15 Mac ini.

Menurut Dato’ Seri haji Ahmad,beliau tidak pelik bila dengar hasrat parti PKR itu dan lebih tidak pelik jika Pas juga berkeras tidak memberi laluan kepada PKR untuk bertanding lebih banyak kerusi di negeri ini.

Mengenai tarikh PRU13, beliau juga tidak tahu bila, kerana Perdana Menteri dan Timbalannya tidak pernah membayangkan apa-apa ketika berkunjung ke negeri ini.

“Yang jelas, semakin hari kita semakin dekat dengan tarikh pilihanraya, itu saja dan tempoh tamat Parlimen ialah pada Mac 2013,” katanya. Beliau kemudiannya mengakui BN sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 dan sesetengah kawasan sudah ada yang buka bilik gerakan masing-masing. Teganukita

No comments:

Post a Comment