Wednesday, March 7, 2012

Muzium Terengganu Adakan Program Rampai Budaya Sempena Cuti Sekolah

Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) akan mengadakan program Rampai Budaya 2012 iaitu aktiviti warisan tradisi negeri ini bagi menarik pengunjung pada cuti sekolah minggu depan.

Penolong Kurator Perhubungan dan Pemasaran LMNT, Mohd Saberi Muda berkata program 10 hari bermula Sabtu ini bertujuan mempromosi dan memperkenalkan adat tradisi negeri ini kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.


"Antara acara tradisi yang akan diadakan ialah mencuba jenis makanan tradisional tempatan, permainan warisan, pertukangan seni halus dan pelbagai adat tradisi masyarakat Melayu negeri ini," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau berkata aktiviti lain yang akan diadakan ialah demonstrasi membuat lemang, ketupat, perahu, cara pengawetan haiwan, pemuliharaan manuskrip dan menganyam mengkuang.

Mohd Saberi berkata program itu diharap mendapat sambutan yang baik dan dapat memberi manfaat yang berharga terutama kepada pelajar sekolah dan pelancong asing.

No comments:

Post a Comment