Wednesday, March 7, 2012

Sukan Ekstrim Kejohanan Drive 4X4 Antarabangsa Bermula Jumaat

Seramai 1,800 peserta sukan ekstrim dijangka menyertai cabaran Kejohanan Drive Ride (DR) 4X4 Ranggok Antarabangsa di trek lasak, Kampung Gong Cempedak, di Marang  bermula Jumaat hingga Ahad (9-11 Mac) ini.

Kejohanan yang diadakan julung kali dan menawarkan hadiah keseluruhan RM31,000 itu bakal memperlihatkan cabaran peserta tempatan dan luar negara termasuk dari Indonesia, Thailand dan Australia.


Penasihat Eksekutif Kejohanan Datuk Razali Idris berkata penganjuran sukan lasak seumpama itu diharap mampu mempromosi Terengganu sebagai negeri sukan ekstrim di samping mampu menarik minat belia menyertai aktiviti berfaedah itu.

"Kami jangkakan kejohanan ini bakal menarik perhatian golongan remaja yang berminat pada sukan lasak sekali gus dapat mengelak daripada terjerumus kepada aktiviti tidak berfaedah seperti merempit," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu semalam.

Pertandingan itu akan terbahagi kepada empat disiplin iaitu motorcross, cubcross, mountain bike dan acara kemuncak iaitu cabaran pacuan empat roda.

Setiap acara terbahagi kepada kategori individu dan berpasukan dan terbuka kepada peserta berusia 10 tahun ke atas.

No comments:

Post a Comment