Rakyat myanmar dipertimbang jadi amah
NAJIB berbual dengan komuniti ahli perniagaan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Myanmar di Pusat Konvensyen Myanmar di Naypyitaw semalam.
Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengambil rakyat Myanmar berkhidmat sebagai pembantu rumah. Malaysia telah menyatakan pertimbangan tersebut kepada Myanmar pada lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Myanmar yang berakhir semalam.
Najib menyatakan kemungkinan untuk memberi peluang kepada rakyat Myanmar bekerja sebagai pembantu rumah kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatannya.
Namun, katanya, perkara itu memerlukan rundingan lanjut antara kedua-dua negara tersebut. "Kita perlu perbincangan lanjut mengenai perkara ini, kita tidak tahu terma dan peraturannya.
"Jika termanya dapat diterima, sudah pasti kita akan mempertimbangkannya," katanya. Najib berkata, Malaysia bersifat terbuka berhubung pengambilan rakyat Myanmar untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah.
No comments:
Post a Comment