Tuesday, March 27, 2012

Program JPJ Turun Padang Mudahkan Urusan Orang Ramai

Program turun padang Jabatan Pengangkutan Jalan memudahkan penduduk pedalaman membuat urusan selain ianya pantas, kata Pengarah JPJ Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie.

Beliau berkata jarak yang jauh ke bandar dikenal pasti sebagai antara faktor menyebabkan urusan penduduk kampung dengan jabatan itu sering tertangguh.


Bagi mengatasi masalah itu, JPJ mengadakan program bersama komuniti di beberapa kawasan kampung terpilih di seluruh Terengganu bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk luar bandar, katanya kepada pemberita ketika merasmikan program itu di Kampung Kuala Jengai di Bukit Besi semalam.

Abdul Rahman berkata melalui program tersebut orang ramai tidak perlu lagi mengeluarkan duit minyak untuk ke cawangan JPJ di bandar berdekatan, malah ia menjimatkan masa dan dapat menyelesaikan urusan dengan segera.

No comments:

Post a Comment