Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan) menawarkan biasiswa pembiayaan pendidikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang mendapat keputusan 5A ke atas manakala 2A ke atas bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan, Raja Azura Raja Mahayuddin (gambar) berkata, tawaran itu terbuka kepada semua pelajar bumiputera dari persekitaran mencabar yang berprestasi sederhana tetapi berpotensi untuk memajukan diri.
Menurutnya, biasiswa itu juga diberikan kepada pelajar mengikuti pengajian yang memiliki peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
“Yayasan menyasarkan pelajar berpotensi dari persekitaran mencabar kerana memahami kesulitan mereka mendapatkan pendidikan sempurna seperti pelajar di luar bandar.
“Bagaimanapun, ini tidak bermaksud pelajar bandar tidak layak memohon, Yayasan mengambil kira faktor lain seperti pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, kesukaran mendapatkan bahan pendidikan dan tercicir peluang melanjutkan pengajian,” katanya semalam.
No comments:
Post a Comment