Tuesday, April 24, 2012

Azizul Hasni Yakin Raih Pingat Di Sukan Olimpik

Pelumba berbasikal trek Azizul Hasni Awang berkata beliau yakin mampu meraih pingat dalam Sukan Olimpik London kelak berdasarkan prestasinya yang begitu baik sekarang.

Anak kelahiran Dungun itu berkata Sukan Olimpik di Beijing pada 2008 merupakan penyertaannya untuk menimba pengalaman dan bukan bagi mendapatkan pingat.


"Tetapi kali ini (Olimpik London) memang saya sasar pingat, lebih-lebih lagi pingat emas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif khas anak Terengganu ke Olimpik London 2012 di Kuala Terengganu.

Insentif itu disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Menurut Azizul, secara peribadi beliau akan cuba memecahkan dominasi sukan badminton yang sering membawa pulang pingat di acara sukan paling berprestij itu.

No comments:

Post a Comment