Monday, April 16, 2012
'Bantulah Kami" Rayu Pasangan Warga Emas Di Marang
Menetap di Marang lebih 70 tahun lalu.
Hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Rumah pula sudah usang, sana-sini reput dimakan anai-anai dan atap juga bocor.
Dengan kudrat yang sangat terhad, pasangan warga emas Mamat Sulong, 73, dan isterinya Chik Ismail, 78, hanya mampu mengharapkan anak membantu untuk meneruskan sisa hidup mereka.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah, Noor Hayati Zaman ketika dimaklumkan mengenai perkara itu meminta Mamat membuat permohonan.
“Kami menyeru mereka yang gagal mendapat sebarang bantuan dan sakit terlantar membuat permohonan. Pihak kami tidak pernah mengabaikan sebarang permohonan yang diterima daripada mereka yang didapati layak,” katanya.
Kata Mamat, walaupun ada pemimpin dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengunjungi mereka, namun dia terkilan kerana sehingga kini tidak ada sebarang bantuan pun yang sampai ke tangannya untuk membantu meringankan beban yang dihadapi.
Bagaimanapun, dia mengakui tidak pernah memohon untuk mendapat bantuan kerajaan kerana tidak tahu cara yang betul.
Bapa enam anak ini berkata, ketika tenaganya masih kuat dia melakukan kerja kampung seperti memanjat kelapa dan menjual air nira serta nisan kelapa.
“Dengan kerja kampung itulah pakcik membesarkan enam anak,” katanya. Namun kini, usia tuanya tidak lagi membolehkan dia melakukan kerja berat.
Malah, untuk menguruskan diri pun dia sudah kelelahan. Mamat berkata, isterinya, Chik juga uzur dan sukar bergerak kerana sakit lutut dan memerlukan rawatan.
Namun, mereka tidak mampu untuk berulang alik ke hospital. “Mujurlah anak dan adik-beradik lain sudi membantu walaupun kehidupan mereka juga susah dengan hanya bergantung kepada kerja kampung untuk menampung keperluan keluarga.
“Ada kalanya saya terpaksa gagahi juga untuk memanjat pokok kelapa yang rendah dekat rumah untuk mengambil air nira.
Hasil yang diperoleh itu pula akan dijual untuk membeli keperluan dapur,” katanya kepada Sinar Harian di Marang
Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
ReplyDeleteAnda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.