Wednesday, April 4, 2012

Harga Petrol Ron95 Kekal, Ron97 Naik 10 Sen Mulai Tengah Malam Tadi


"Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 satu liter walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini. Kerajaan turut meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat. Ini adalah kerana kerajaan berkata ianya penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi."

Tidak akan ada perubahan harga dalam petrol RON95 dan diesel.

Bagaimapun mulai tengah malam semalam, harga petrol premium RON97 akan naik 10 sen kepada RM2.90, menurut Persatuan Peniaga Petrol Malaysia (PDAM).

Timbalan Presiden PDAM Datuk Zulkifli Abdul Mokti berkata kenaikan harga adalah disebabkan harga minyak global yang melambung tinggi yang mencecah USD120 setong.

Harga RON97 naik dan turun disebabkan kerajaan telah menarik balik subsidi petrol ini.

Harga baru ini sepadan dengan harga rekod yang ditetapkan pada Mei tahun lepas. Bagaimanapun, harganya turun RM0.10 seliter pada bulan berikutnya.

Persatuan Peniaga Petrol Malaysia, Abdul Wahid Bidin turut mengesahkan kenaikan ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika mengesahkan kenaikan harga itu berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 satu liter walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini.

Kerajaan telah meningkatkan subsidi petrol RON95 gred - yang paling banyak digunakan di Malaysia - sebanyak 10 sen ekoran harga minyak mentah global yang semakin meningkat.

Ini adalah kerana kerajaan berkata ianya penting untuk mengekalkan harga RON95 bagi menghindari tekanan inflasi.

RON95 diperkenalkan pada bulan September 2009, selepas kerajaan persekutuan memutuskan untuk mengapungkan harga RON97 yang disemak setiap bulan. Kenderaan pendaftaran asing tidak dibenar menggunakan minyak RON95.

Di Jakarta, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan, tekanan dari perekonomian global akibat melonjaknya harga minyak membuat keadaan ekonomi Indonesia bertambah berat.

Bagaimanapun pada 31 Mac lalu, Parlimen Indonesia menyekat rancangan kerajaan untuk menaikkan harga minyak sebanyak lebih 30 peratus mulai 1 April tetapi akan membenarkan kenaikan harga pada masa depan dalam keadaan tertentu.

Kerajaan dijadual menaikkan harga petrol daripada 4,500 rupiah (RM1.51) seliter kepada 6,000 rupiah (RM2.01) seliter mulai 1 April bagi mengurangkan subsidi minyak yang telah meningkatkan defisit bajet.

Bagaimanapun Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang mempunyai 550 anggota itu kemudian mengundi untuk membenarkan kenaikan harga hanya jika harga purata minyak mentah Indonesia dalam tempoh enam bulan melonjak 15 peratus daripada paras AS$105 (RM326 setong), iaitu kepada AS$120.75 (RM374) setong.

Harga purata minyak mentah Indonesia sekarang ialah AS$116.49 (RM361) setong.

1 comment:

  1. Ron 97 dah turut banyak.. surprise..surprise... sekarang RM2.75 seliter.

    ReplyDelete