Gara-gara mengugut isteri dengan menyimbah minyak diesel di dalam rumah, seorang buruh semalam dihukum penjara sehari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu.
Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi memerintahkan Zainal Abidin Endut, 48, menjalani hukuman dari tarikh jatuh hukuman dan akan dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda mahkamah.
Zainal Abidin mengaku mengugut isterinya, Nor Halida Mohd Ladzim, 46, pada pukul 5.30 petang, 22 Mac di sebuah rumah beralamat 256, Taman Perumahan Alor Jambu, Wakaf Tengah di Kuala Terengganu dengan mengamuk dan menyimbah minyak diesel di dalam rumah berkenaan dengan niat menyebabkan mangsa berasa cemas.
Bagaimanapun tertuduh tidak mendatangkan kecederaan terhadap sesiapa dan ia berpunca daripada kemarahan si suami terhadap pasangannya, yang juga pengadu, sebelum Zainal Abidin ditangkap polis pada Ahad lepas (1 April).
No comments:
Post a Comment