Thursday, April 19, 2012

Ibrahim Komoo Mulakan Tugas Naib Canselor UMT

Datuk Prof Dr Ibrahim Komoo yang memulakan tugas sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam berazam menggunakan semua kepakaran beliau untuk menerajui universiti itu supaya terus unggul di pentas akademik negara.

Sebagai permulaan beliau akan berjumpa dengan ahli akademik UMT, pelajar dan petugas di bahagian pengurusan serta pentadbiran bagi membolehkannya mengenal pasti cabaran serta peluang yang dihadapi warga universiti itu.

"Prinsip saya agar kita semua boleh bekerjasama sebagai satu pasukan, saling mempercayai dan komited dalam menentukan hala tuju UMT sebagai insitusi pendidikan terulung di negara," katanya ketika berucap di majlis serah tugasnya di Kuala Terengganu.

Ibrahim menggantikan naib canselor UMT sebelum ini Datuk Prof Dr Aziz Deraman yang tamat perkhidmatannya pada 12 April lalu. Pelantikan tersebut untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa mulai 13 April 2012 hingga 12 April 2015.

No comments:

Post a Comment