Thursday, April 19, 2012

SMI Sasar Jualan Hasil Tempatan Lebih Baik Tahun Ini

Seri Manir Interprise (SMI), syarikat pengeluar pokok buah-buahan dan bunga-bungaan terbesar di Terengganu, menyasarkan jualan dan keuntungan yang lebih baik tahun ini.

Pengurusnya Rofie Ali, 52, yakin syarikat itu mampu memperoleh pendapatan kasar yang lebih tinggi berdasarkan kejayaan meraih purata RM20,000 sebulan hasil jualan produknya.


Pendapatan bersih yang diterima sehingga RM8,000 sebulan hasil jualan tunai di Pasar Tani Padang Hiliran manakala di tapak semaian kira-kira RM6,000 sebulan, termasuk jualan pasu bunga dan lain-lain peralatan.

Rofie yang juga pengerusi pasar tani negeri Terengganu berkata SMI kini mempunyai kira-kira 10,000 pokok bunga dan buah-buahan bernilai RM150,000 di tapak semaiannya di Kampung Beladau Kolam, Manir.

Beliau berkata tapak semaian seluas setengah hektar itu disewa daripada penduduk Kampung Manir pada harga RM300 sebulan sejak empat tahun lepas.

No comments:

Post a Comment